Thursday, September 23, 2010

Popia Ikan

Sudah biasa dengan popia basah atau popia goreng? Cubalah popia ikan pula. Popia yang selalu kita makan berintikan sayuran macam carrot, taugeh, timun dan lain-lain. Popia ikan sedah semestinya berintikan isi ikan. Ikan kembung dijadikan inti. Ramadhan baru lepas berpeluang membantu isteri menyediakan 'appetizer' popia ikan untuk majlis berbuka puasa keluarga. Ini proses membuatnya.


Tidak semudah yang disangkan. Kekok juga hendak menggulung popia. Senang untuk dimakan remeh untuk membuatnya bagi yang pertama kali menggulung popia. Dan, hasilnya amat memuaskan dan habis di makan selepas berbuka. Kepada sesiapa yang mahukan resepi, boleh dapatkan nya di entry ini.

No comments: