Genap 5 bulan selepas 'first alarm' pergelangan ibu jari ku megalami kesakitan. Kesakitan yang amat sangat dan sedikit bengkak kemerahan. Ianya menyukarkan ku untuk berjalan dan kedangkala cebisan kain lalu di atasnya ku rasakan amat menyakitkan. Ku ke 'clinic' menagih nasihat pakar doktor. Ujian darah ku dapati. Dengan 'symptoms' kebiasaan yang di alami pesakit-pesakit lain, ianya adalah sah penyakit itu.
Selain disuapkan dengan 'pain killer' dan ubatan tahan bengkak, doktor menasihatkan ku supaya menjaga diet pemakanan, banyakkan minum air dan tingkatkan senaman 'cardio'. Tanpa ku sedari selama ini ku hanya melebihkan 'resistance workout' di dalam gymnasium. Isteriku lah menjadi bidan terjun menjaga 'doktor' peribadi selama ku sakit.
Ku tekat ingin mendapatkan rawatan alternatif. Rawatan HPA adalah rawatan alternatif ku. Ku berbekam seluruh badan dan terpaksa membotakkan kepala untuk bekaman di kepala. Abang Khawari, si tukang bekam amat mahir. Bukan saja mahir, dia boleh membaca fikiran kita. Dengan telahan di jari, dia dapat tahu ku selama ni mengalami 'stress' yang melampau tetapi tidak tahu apakah bentuk tekanan yang ku alami. Di sebabkan semangat ku kuat ianya mengatasi segalanya. Boleh menjadi 'businessman' berjaya satu hari nanti dia menambah telahan.

Dia mengesyorkan ku amalkan 3 pil-pil herba yakni herba Ardisia, Herba Tuju Angin dan Herba Pelawas. Selain itu, ku amalkan memakan atau menelan 'olive oil' begitu sahaja. Minyak zaitun yang terkenal dengan kebaikannya sejak berzaman lamanya. Ianya perlu di ambil 2 sudu setiap hari. Ini juga akan mengurangkan risiko serangan jantung.
- Tiga herba: Ardisia (mampu mengurangkan uric asid), Herba Pelawas dan Herba Tuju Angin
- Virgin Olive Oil by HPA
- Virgin Olive Oil by HPA
Alhamdulillah. Selepas beberapa bulan mengamalkan herba-herba ini, sakit di pergelangan ibu jari kaki ku tidak kunjung lagi. Jika ianya berkunjung lagi, ku akan mencuba set HPA yang lebih mahal iaitu set 3D (D'Det, D'Deu dan D'Karm) jika perlu.
No comments:
Post a Comment