Friday, September 24, 2010

Unit Trust (Unit Amanah) Pilihan Menarik untuk Menyimpan

Skim unit amanah atau 'unit trust' (UT) merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus pelaburan professional.

Pulangan (return) pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil agihan/dividen (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split).

Cara pelaburan atau pembelian boleh dilakukan dengan cara pembelian tunai di kaunter-kaunter unit amanah. Selain itu, pelabur boleh mengeluarkan caruman KWSP daripada Akuan 1.

Pelaburan boleh dibuat tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1. Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.

Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1

Umur (Tahun)

Simpanan Asas (RM)

Umur (Tahun)

Simpanan Asas (RM)

18

1,000

37

34,000

19

2,000

38

37,000

20

3,000

39

41,000

21

4,000

40

44,000

22

5,000

41

48,000

23

7,000

42

51,000

24

8,000

43

55,000

25

9,000

44

59,000

26

11,000

45

64,000

27

12,000

46

68,000

28

14,000

47

73,000

29

16,000

48

78,000

30

18,000

49

84,000

31

20,000

50

90,000

32

22,000

51

96,000

33

24,000

52

102,000

34

26,000

53

109,000

35

29,000

54

116,000

36

32,000

55

120,000

Contoh Pengiraan Kelayakan

Ahli

Umur

Simpanan di dalam Akaun 1 (RM)

Simpanan Asas (RM)

Pengiraaan: Simpanan Akaun 1 - Simpanan Asas x 20%

Kelayakan Ahli

A

22

4,000

5,000

-

Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.

B

22

8,000

5,000

(8,000 - 5,000) x 20% = RM600

Ahli tidak layak memohon. Amaun kelayakan minimum kurang RM1,000.

C

25

20,000

9,000

(20,000 - 9,000) x 20% = RM2,200

Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM2,200.

D

40

40,000

44,000

-

Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.

E

45

100,000

64,000

(100,000 - 64,000) x 20% = RM7,200

Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM7,200.

Unit Trust halal ke unit amanah ni? Ramai yang tertanya-tanya samada UT ini halal atau tidak. Islamic Unit Trust yang telah diluluskan dan disenarai oleh Suruhanjaya Sekuriti adalah halal untuk dilabur. Syarikat Pengurusan Unit Amanah perlu melantik Syariah Advisor untuk mengawalselia aktiviti setiap UT yang ditawarkan. Setakat 31 Julai 2010 ini, terdapat 577 produk UT di Malaysia, jadi pilihlah UT yang berlandaskan syariah. Jadi, adakah pelaburan ASB/ASM termasuk di dalam senarai patuh syariah? Jawapannya TIDAK. Ini buktinya:

Sebagai alternatif, Alliance Dana Adib memberi pulangan yang menarik untuk pelaburan jangka panjang.

Sumber: Bloomberg


No comments: