Thursday, March 17, 2011

3D2N di Hyatt Regency Kuantan

Cuti sekolah seminggu Mac 2011 dihabiskan bercuti 3 hari 2 malam di Telok Chempedak, Kuantan. Bermalam di Hyatt Regency Kuantan Resort. Perjalanan nearly 3 hours dengan hujan di pertengahan jalan. Cuaca pula agak mendung sepanjang 3 hari percutian. Seingat ku, last ku ke sini 26 tahun lepas. Standard 5 masa tu. Now, banyak perubahan rasanya, ramai pengunjung dan ada pula 24-hour fast food restaurant McD dan KFC. Lagi lah meriah. Telok Chempedak dan pertempatan sekitarnya bagiku amat aman dah tenang lagi bersih. Ini mungkin berdekatan dengan Istana Sultan Pahang dan pejabat Majlis Perbandaran Kuantan. Saban 3 hari ku lihat ada sahaja pekerja-pekerja pembersihan di sisi-sisi jalan.

Checked-in bilik Sea View 2108. Buka je pintu menghadap swimming pool selain laut lepas Laut China Selatan. Sedikit kerisauan timbul bila Jepun dilanda earthquake dan tsunami. Harap tak sampai tsunami ke pantai Telok Chempedak. Alhamdulillah, percutian berjalan lancar cuma cloudy dan windy je pantai. First day, tak ada aktiviti lagi melainkan nak teman anak-anak nak berendam di swimming pool. But, Fawwaz panas badan macam nak demam. Tunggu la panas dia turun sikit lagi pun dah stand-by ubat untuk dia. Petang turun sikit temperature. Kami terus ke pantai.

Penat bermain di pantai, temperature badan Fawwaz naik balik. Pukul 1.45 pagi, dia start mengigil. Called guest service tanya ada in-house doktor. They said tak ada, doktor bole datang tapi charge RM300 tak termasuk ubat. They suggested bawak dia ke klinik 24 jam di Jalan Beserah ditemani seorang pak guard. Thanks to pak guard tu (nama pun tak kenal ) tolong dukung Fawwaz masuk ke klinik dan bawa dia masuk bilik lepas tu.

Cerita demam dia berlarutan ke malam kedua. Kali ni lambat sikit, pukul 5 lebih, panas dan mengigil. Tak bole jadi, bagi ubat dan mandikan dia. Dah nekad lepas subuh memang plan nak checkout. Alhamdulillah pagi tu dia dah ok balik. Sempat kami breakfast dan beraktiviti di swimming pool. Kesian tengok keadaan dia, check out awal sikit and rushed back to KL. Sempat la singgah Tanjung Lumpur beli kerepok lekor (fresh, panas-panas dari dapur) dan segala jenis keropok, beli sedikit sebanyak sata dan otak-otak. Apa-apa pun, biar ilustrasi seterusnya menceritan segalanya.

Mrs dan anak-anak di Lobby

Keluar JJCM

Main Lobby

Ke bilik

Fawwaz dan Baby Haarith di Lobby

Sampai rumah pukul 5pm. Terus bawa Fawwaz urut. Makcik tukang urut bagi dia beberapa jenis bunga untuk mandikan Fawwaz. Dia cakap dah lama dia terkena macam badi orang meninggal. Tak sure camna boleh kena. Lepas 3 kali mandi, dia kembali aktif. Itulah cuti 3 hari 2 malam dan kisah demam Fawwaz.


Solely Seoul Garden

Dah lama nak merasa self-service steamboat and BBQ grill dining. Dihidangkan secara buffet, kita boleh memilih lebih daripada 10 jenis seasoned and marinated meats terdiri dari beef dan chicken. Selain bahan-bahan biasa untuk menikmati steamboat, restoran ni menyediakan apa yang tak pernah ku rasa. Ianya 'coffee marinated chicken and beef'. Bila diBBQkan, memang terasa sangat coffee bila memamahnya. Sangat lembut dan sedap.

Dishes lain adalah seperti biasa. Ada sotong, udang, segala jenis fish dan meat ball dan fish cake, sayuran bayam dan kangkung selain pelbagai jenis mee. Tak perlu dihurai panjang, segala terurai melalui gambar terlampir.

Mrs melayan Ail dan Baby. Steamboat soup boleh dipilih mengikut selera masing-masing. Antaranya tomyam, chicken dan beberapa jenis Korean soup

Sedap Fawwaz menikmati dishes pilihan dia. Expert ber'chop stick' pulak tu

Kalau nak cerita panjang, nanti mengidam nak ke restoran ni lagi. Sesungguhnya ia amat berbaloi. Dengan bayaran lebih kurang RM110, anda akan berpuas hati menikmati steamboat dan BBQ buffet tanpa had. Itu lah Seoul Garden, the Korean-styled BBQ buffet reataurant.