Thursday, February 24, 2011

Penswastaan Sekolah KERAjaan

'Kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan'. Itu lah kenyataan Timbalan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin cum Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas. Sekolah2 yang terpilih semestinya sekolah berpretasi tinggi (SBT) yang juga lahir dari idea beliau juga. Mengapa keluar idea untuk diswastakan? Back to tujuan dasar penswataan adalah 3 yakni:

1) Meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat;

2) Pihak swasta lebih kos efisyen dan dapat mengurangkan kos operasi serta pengurusan di dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat; dan

3) Membantu kerajaan dan mengurangkan beban kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diusahakan.

Antara ketiga-tiga, rasanya point yang ketiga menjadi alasan untuk melaksanakan idea tersebut. Mungkin kah ini helah untuk mencari keuntungan semata-mata untuk mengaburi point pertama? Mungkin sudah ada companies yang hanya menunngu durian runtuh je bila idea ini terlaksana. If it is implemented, sekolah-sekolah SBT ini yang berpotensi besar menjadi mangsa penswastaan. Tidak ada maknaya pihak swasta mahu ambil alih urusan sekolah yang tidak berprestasi tinggi.

Why SBT yang berpotensi besar diswastakan? Kerana label SBT itu sendiri. Sudah semestinya kelompok SBT ini sekolah yang bagus dan menjadi pilihan ramai. Dan disinilah tarikan bagi pihak swasta untuk melabur dalam sekolah tersebut, kerana adanya permintaan yang tinggi untuk belajar di situ.

Maka adakah kita bakal melihat MCKK, TKC, KISAS dan sebagainya diswastakan. Dan kalau diswastakan, berapa pula bayarannya untuk belajar di sana nanti? Perhaps ada pulak slogan 'orang miskin di larang sekolah' kerna tidak mampu.

Difahamkan juga, untuk tujuan mengurangkan beban KERAjaan, elaun bagi bakal-bakal guru profesional yang mengambil KPLI akan juga dimansuhkan. Bagi yang ingin meneruskan profession guru ini, mereka dinasihatkan untuk mengambil pinjaman PTPTN. Ini akan melonglaikan semangat untuk menjadi guru.

Currently, there are 9,943 sekolah di seluruh negara, dengan 5.4 juta pelajar. Lets hope that generasi anak-anak kita akan datang tidak lah dibebankan dengan perbelanjaan tinggi dari sekolah rendah lagi. Lastly, swastakan lah sekali sektor kesihatan tu.


2 comments:

Mijoe said...

aku akan swastakan oksigen...ha ha ha

Dwen Ihsan said...

oksigen ke bayor la pasni..gros tu la